SKMM Hadir Dengan Projek IPv6 Tunnel Broker – Membolehkan Pengguna Menguji Sambungan IPv6

SKMM Hadir Dengan Projek IPv6 Tunnel Broker – Membolehkan Pengguna Menguji Sambungan IPv6

Diterbitkan pada Dis 11, 2013 oleh .

SKMM sedia mempunyai beberapa inisiatif, dan salah satu projek mereka yang dilihat menarik dan mungkin terlepas pandang adalah IPv6 Tunnel Broker.

Melalui projek ini, SKMM membolehkan mereka yang berminat untuk bereksperimen dan menggunakan rangkaian IPv6 melalui penggunaan tunnel broker yang disediakan mereka ini secara percuma.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mendaftarkan sebuah akaun, dan kemudiannya menggunakan tunnel broker dengan memasang sebuah script khas pada komputer mereka.

Pengenalan sokongan ini dikatakan adalah salah satu usaha SKMM dalam mempercepatkan penggunaan IPv6 oleh para pengguna internet di Malaysia. Menggunakan tunnel broker ini, ia membolehkan mengubah dan memperlihatkan packet IPv6 sebagai data IPv4 dan digunakan pada rangkaian internet IPv4.

IPv6 Tunnel Broker

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencubanya dengan memuat-turun sebuah fail khusus yang disediakan SKMM untuk Windows, Mac, Linux dan juga FreeBSD.

Muat-Turun IPv6 Tunnel Broker


TIPS & ULASAN