Asus PadFone Mini Dilancarkan – Gabungan Telefon 4.3-inci Dan Tablet 7-inci

Asus PadFone Mini Dilancarkan – Gabungan Telefon 4.3-inci Dan Tablet 7-inci

Diterbitkan pada Dis 11, 2013 oleh .

Padfone MiniSeperti mana yang dinantikan, pihak Asus telah pun melancarkan peranti hibrid terbaru mereka, Asus PadFone Mini hari ini, yang mana membawakan gabungan telefon pintar dengan skrin bersaiz 4.3-inci serta tablet dengan skrin bersaiz 7-inci.

Asus Padfone Mini merupakan peranti gabungan telefon pintar dan tablet pada satu. Ia menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, memori 1GB RAM, ruangan storan 16GB dengan sokongan mikro-SD. Ia hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean, selain didatangkan dengan bateri berkapasiti 1500mAh pada telefon dan 2200mAh pada tablet.

Asus Padfone Mini

Peranti ini dilihat turut membawakan sokongan dwi-SIM, selain pihak Asus yang menyertakan beberapa sokongan menarik pada bahagian kamera.

Asus dikatakan hanya merancang untuk memperkenalkannya sekitar Singapura, Indonesia, Taiwan, China, Hong Kong dan juga Russia. Tidak diketahui lagi sama ada akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN