Cari @ Amanz

Bagi para penulis blog, mungkin anda sedia maklum dengan sebuah acara khas yang bakal diadakan oleh MYNIC buat julung kalinya, memfokuskan kepada penulis blog dan pengguna media sosial – Blogrrr.

Ia bakal diadakan pada hari Sabtu ini, dimana pada acara yang sama pihak MYNIC mensasarkan untuk memecahkan rekod untuk acara pengumpulan penulis blog terbesar di Malaysia.

MYNIC Blogrrr

Pada acara yang sama, pihak MYNIC (melalui para jemputan khas) juga akan berkongsi beberapa info dan ilmu berkenaan dengan dunia blog tempatan, selain memberikan beberapa tips berkaitan dunia blog.

Bagi mereka yang sukar untuk mendapatkan kenderaan ke acara yang akan diadakan di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), anda mungkin boleh membuat tempahan melalui MyTeksi yang merupakan penyedia pengangkutan rasmi untuk acara berkenaan.

Amanz merupakan rakan kerjasama untuk #blogrrr

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd