Twitter pada hari ini telah menjadi salah satu platform komunikasi utama, dan berkembang dengan pesat dari hari ke hari. Selain penggunaan yang tinggi dalam bahasa Inggeris, pengguna bahasa lain juga memainkan peranan penting dalam platform tersebut.
Melalui data yang dikeluarkan baru-baru ini, Semiocast mendapati sebanyak 61 bahasa digunakan pada Twitter, memperlihatkan penggunaan Twitter pada tahap yang tinggi di luar Amerika Syarikat.
Lima bahasa utama yang digunakan di Twitter adalah Inggeris, Jepun, Sepanyol, Melayu dan juga Portugis.
Daripada data yang dikongsikan, sebanyak 8% adalah bahasa Melayu – yang mana boleh dikatakan merupakan gabungan daripada pengguna Indonesia, Brunei dan juga Malaysia.
Dengan perkembangan pesat dalam arena internet di rantau Asia Tenggara ini, mungkinkah kita akan dapat melihat penggunaan Twitter terus meningkat di rantau ini pada tahun-tahun akan datang.