Firefox 26 Hadir Untuk Pengguna Android, Windows, Mac, Dan Linux

Firefox 26 Hadir Untuk Pengguna Android, Windows, Mac, Dan Linux

Diterbitkan pada Dis 11, 2013 oleh .

Dengan perkembangan pesat dalam dunia teknologi web, pihak Mozilla telah sedia menggunakan jadual pembangunan baru dalam memperkenalkan versi baru pelayar web lebih kurang 6 minggu sekali. Terkini, Firefox 26 telah pun dilancarkan secara rasmi untuk pengguna desktop.

Melalui Firefox 26, sokongan sekuriti terus diberikan perhatian, dan Mozilla mengimpelmentasikan sokongan “Click-To-Play” untuk Java. Melaluinya, sesuatu plugin akan dimuatkan ketika membuka sesuatu web, tetapi hanya akan diaktifkan apabila pengguna memberikan kebenaran.

Selain itu, beberapa sokongan lain turut disediakan untuk pengguna desktop melalui Firefox 26.

Pada platform Android pula, pihak Mozilla memperkenalkan halaman utama yang baru, memberikan akses pantas ke web-web yang digemari anda. Perkara ini memudahkan anda membuat beberapa kerja dengan pantas apabila menggunakan peranti berskrin kecil. Pada masa yang sama, kini ia turut dioptimasikan untuk peranti yang menjalankan cip Intel x86.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 26 daripada laman rasmi Mozilla dan juga Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Firefox 26 untuk desktop

Muat-Turun Firefox 26 untuk Android


TIPS & ULASAN