Dell Menyertai Pengeluar Chromebook Yang Lain – Melancarkan Dell Chromebook 11

Dell Menyertai Pengeluar Chromebook Yang Lain – Melancarkan Dell Chromebook 11

Diterbitkan pada Dis 12, 2013 oleh .

Dengan pelbagai pengeluar yang menawarkan komputer riba berasaskan Chrome OS, pihak Dell dilihat tidak ingin ketinggalan, dan telah pun memperkenalkan sebuah komputer riba baru dinamakan Chromebook 11.

Dell Chromebook 11

Seperti pada namanya, Chromebook 11 membawakan skrin bersaiz 11.6-inci dan disasarkan untuk golongan pelajar. Komputer riba ini dikatakan menggunakan cip Intel Celeron (Haswell), selain dilengkapi memori sehingga 4GB RAM, dan membawakan sokongan port USB 3.0 serta HDMI.

Dari segi masa penggunaan, Dell Chromebook 11 dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam – menjadikan ia sesuai digunakan sepanjang hari di sekolah tanpa risau masa penggunaan.

Komputer riba ini bakal ditawarkan di Amerika Syarikat pada awal tahun 2014 kelak, dan tidak diketahui lagi berkenaan bilakah ia akan tiba untuk pasaran tempatan.

Buat masa ini, di Malaysia hanya pihak Samsung sahaja yang menawarkan komputer riba Chromebook mereka.


TIPS & ULASAN