Cari @ Amanz

GTA San AndreasSeperti dijanjikan pihak Rockstar, hari ini mereka telah pun menerbitkan permainan GTA : San Andreas, membolehkan mereka yang menggunakan peranti iOS memuat-turun dan memainkannya.

GTA : San Andreas merupakan salah satu permainan yang telah diterbitkan untuk beberapa konsol dan juga desktop pada tahun 2004 yang lepas.

Dengan penggunaan peranti mudah-alih yang meningkat dari hari ke hari, pihak Rockstar sedia menerbitkan semula beberapa permainan mereka, dan menyertainya kini adalah permainan GTA : San Andreas.

GTA : San Andreas untuk iOS ini dioptimasikan untuk skrin peranti mudah-alih, disamping membawakan beberapa kemaskini dari segi grafik dan paparannya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun permainan GTA : San Andreas ini padab harga $6.99 di Apple AppStore.

  • Amaran
  • Hanya menyokong iPhone 4s, iPhone 5, iPhone 5s, iPhone 5c, iPod Touch 5, iPad 2, 3 & 4, iPad Air, iPad Mini and iPad Mini Retina
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd