Google Melancarkan Aplikasi “Android Device Manager” Pada Play Store

Google Melancarkan Aplikasi “Android Device Manager” Pada Play Store

Diterbitkan pada Dis 12, 2013 oleh .

Google sedia memperkenalkan fungsi Android Device Manager beberapa bulan yang lepas, membolehkan pengguna mencari peranti mereka yang hilang, tercicir atau terlupa. Kini, sebuah aplikasi khusus untuknya turut diterbitkan di Play Store.

Menggunakan aplikasi “Android Device Manager” ini, ia menawarkan sokongan serupa seperti versi web, dan hadir dengan paparan mesra peranti mudah-alih. Dengan ramai yang menggunakan lebih dari satu peranti Android, seperti tablet dan sebagainya, fungsi ini mungkin sesuatu yang agak berguna – terutamanya apabila tidak berada di hadapan komputer.

Android Device Manager

Aplikasi berkenaan membolehkan pengguna mengetahui lokasi semasa peranti mereka, mengunci peranti berkenaan ataupun membuatkan ia mengeluarkan bunyi. Pengguna juga boleh memadam data pada peranti satu lagi terus menggunakan aplikasi ini.

Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu peranti Android, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Android Device Manager di Google Play Store


TIPS & ULASAN