GMail 4.7 Untuk Android Membawakan Fungsi “Vacation Responder”

GMail 4.7 Untuk Android Membawakan Fungsi “Vacation Responder”

Diterbitkan pada Dis 12, 2013 oleh .

Google terus menambah beberapa fungsi baru pada aplikasi GMail untuk Android, dimana versi terkini, GMail 4.7 membawakan salah satu fungsi menarik, dinamakan sebagai “Vacation Responder”.

Menggunakannya, pengguna boleh menetapkan mesej automatik dan memilih tarikh – selama mana mesej berkenaan akan dihantar apabila pengguna menerima emel. Dengan fungsi ini yang boleh ditetapkan terus melalui peranti mudah-alih, semestinya akan memudahkan lagi pengguna menetapkan mesej ketika mereka pergi bercuti.

Disamping itu, GMail 4.7 juga turut dilihat membawakan sokongan untuk mencetak (sekiranya menggunakan Android 4.4 KitKat). selain membolehkan pengguna membuka fail berbentuk arkib (*zip) terus pada peranti Android mereka.

Kemaskini GMail 4.7 untuk Android ini diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin anda akan menerimanya dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN