Valve telah sedia mengumumkan platform operasi mereka tersendiri dinamakan sebagai Steam OS. Hari ini, pihak Valve berkongsi beberapa maklumat berkaitan projek mereka, disamping mengatakan mereka akan menawarkan sistem operasi mereka untuk dimuat-turun pada hari Jumaat ini.
Pada penghujung minggu ini, pihak Valve akan memulakan penghantara Steam Machine dan juga Steam Controller versi prototaip untuk tujuan menerima maklumbalas, dan bersama-sama dengannya SteamOS akan dilancarkan.
Namun, pihak Valve mengatakan ia mungkin hanya akan sesuai untuk pembangun Linux sahaja – sementara pengguna umum mungkin perlu nantikan sehingga 2014 sebelum mencubanya.