Chrome Apps Untuk Mac Diperkenalkan – Pasang Aplikasi Web Terus Pada Desktop

Chrome Apps Untuk Mac Diperkenalkan – Pasang Aplikasi Web Terus Pada Desktop

Diterbitkan pada Dis 12, 2013 oleh .

Beberapa bulan yang lepas, pihak Google telah memperkenalkan sokongan aplikasi Chrome pada Windows dan juga Chromebook. Kini, sokongan sama diperluaskan kepada pengguna Mac.

Melalui Chrome Apps untuk Mac, pengguna boleh memasang sesuatu aplikasi berasaskan web terus ke desktop, dan mengaksesnya dengan pantas. Untuk memudahkan akses pada Mac, pihak Google turut sama memperkenalkan sebuah aplikasi dinamakan Chrome App Launcher – yang dipasang dan disimpan pada bahagian dock.

Dengan memasang aplikasi Chrome pada desktop, ia akan turut membawakan sokongan menjalankan secara offline disamping berfungsi lebih kurang menyerupai aplikasi dan perisian desktop biasa.

Bagi anda yang berminat, hanya perlu memasang Chrome versi baru, dan boleh memilih aplikasi desktop kegemaran anda terus dari Chrome Web Store hari ini.


TIPS & ULASAN