Facebook sebelum ini sedia mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan butang Like dan Share yang baru secara berperingkat. Hari ini, gergasi laman sosial berkenaan mengumumkan yang mana butang baru ini kini boleh didapati dan digunakan di seluruh web.
Butang Like dan Share baru ini membawakan warna biru yang lebih menarik perhatian pengguna, dan dikatakan akan membolehkan pengguna lebih tertarik untuk Like dan kongsikan ia bersama rakan-rakan lain.
Selain pengumuman butang Like dan Share baru ini, pihak Facebook turut berkongsi mengatakan sokongan embed post dari Facebook kini boleh diubah mengikut saiz kelebaran yang dikehendaki pengguna, disamping membawakan paparan mesra peranti mudah-alih.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan butang Like dan Share baru daripada Facebook ini?