Cari @ Amanz

Facebook hari ini memperkenalkan sebuah kemaskini untuk pengguna peranti iOS, dimana bersama-sama dengannya, ia menyertakan sokongan memainkan video secara automatik di News Feed.

Video akan dimainkan secara automatik, tetapi bunyi hanya akan diaktifkan setelah pengguna tap pada sesuatu video berkenaan.

Seperti biasa, sokongan ini hanya terhad untuk video yang dihoskan di Facebook, dan tidak untuk video-video yang dikongsikan – contohnya daripada YouTube. Sokongan ini dilihat diaktifkan secara berperingkat kepada pengguna Facebook buat masa ini. Mungkin pihak Facebook ingin mengujinya dan memasarkan iklan video melaluinya kelak.

Selain daripada peranti mudah-alih, pihak Facebook juga turut dilihat telah mula memperkenalkan sokongan sama pada perkhidmatan web mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd