Twitter Berkongsi Tweet-Tweet Menarik Dan Popular Sepanjang Tahun 2013

Twitter Berkongsi Tweet-Tweet Menarik Dan Popular Sepanjang Tahun 2013

Diterbitkan pada Dis 12, 2013 oleh .

Selepas Facebook dan YouTube, hari pihak Twitter turut sama telah menerbitkan rangkuman tahunan untuk 2013, memperlihatkan Tweet yang popular sepanjang tahun ini.

Twitter 2013

Tahun ini merupakan antara tahun penting untuk Twitter, dimana mereka terus memperluaskan perkhidmatan, menyenaraikan syarikat untuk IPO, disamping turut memperkenalkan Vine untuk beberapa platform utama.

Menurut Twitter, lebih 500 juta Tweet dihantar setiap hari, dan perkhidmatan tersebut kini mempunyai lebih 230 juta pengguna aktif di seluruh dunia.

Bercakap mengenai Tweet popular sepanjang tahun, Twitter memanggilnya sebagai Golden Tweet, dimana sebanyak tiga Tweet yang paling banyak retweet disenaraikan.

Ditangga pertama Golden Tweet adalah Tweet berkenaan kematian bintang Glee – Cory Monteith yang menerima sehingga 408,000 RT. Ditangga kedua adalah Tweet berkenaan Paul Walker yang turut meninggal dunia pada tahun ini, menerima 400,367 RT. Golden Tweet terakhir adalah tweet daripada Niall Horan (One Direction) yang menyambut ulang-tahun ke-2 – menerima 367,177 RT.

Bagi anda yang aktif menggunakan Twitter, mungkin boleh menyemak halaman khas yang disediakan oleh Twitter, dimana selain mengikut kategori, mereka juga turut menyusunnya mengikut setiap bulan sepanjang 2013.


TIPS & ULASAN