Jakim Dan DagangHalal Melancarkan Enjin HalalVerified

Jakim Dan DagangHalal Melancarkan Enjin HalalVerified

Diterbitkan pada Dis 12, 2013 oleh .

Dalam usaha memudahkan para pengguna untuk mengetahui produk-produk yang telah sedia menerima sijil halal, serta beberapa maklumat berkaitan dengannya, kini pihak Jakim dan DagangHalal hadir dengan sebuah laman baru dinamakan HalalVerified.

HalalVerified

HalalVerified dibangunkan menggunakan teknologi awan daripada Microsoft sepenuhnya – iaitu Windows Azure dan juga SQL Server.

Melalui laman Halal Verified, ia memfokuskan dua pihak, iaitu pengguna umum dan juga mereka yang memohon sijil Halal untuk produk mereka.

Pengguna biasa boleh menggunakan kotak carian yang disediakan untuk membuat carian berdasarkan kepada makanan mereka, dan mengetahui pelbagai perkara seperti adakah ia halal, bila tarikh sijil mereka akan tamat, dan sebagainya.

HalalVerified ini dikatakan mengenalpasti sijil Halal daripada lebih 73 badan yang mengeluarkan sijil berkenaan dan disahkan oleh pihak Jakim.

Untuk mereka yang terlibat dalam industri makanan pula, proses permohonan sijil halal turut dipermudahkan melalui sistem berkenaan, dimana sistem HalalVerified akan secara automatik memberikan cadangan alternatif untuk pembekal sekiranya sesuatu syarikat pembekal tidak mempunyai sijil halal yang sah.

Aplikasi HalalVerified untuk Windows 8.1 dan juga Windows Phone bakal hadir tidak lama lagi.

Layari : HalalVerified.com


TIPS & ULASAN