Instagram Memperkenalkan Sokongan Permesejan Gambar Dan Video – Instagram Direct

Instagram Memperkenalkan Sokongan Permesejan Gambar Dan Video – Instagram Direct

Diterbitkan pada Dis 13, 2013 oleh .

Setelah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, hari ini pihak Instagram secara rasminya mengumumkan sokongan permesejan dinamakan Instagram Direct, membolehkan pengguna untuk menghantar dan menerima mesej berbentuk gambar dan video menggunakannya.

Instagram Direct

Pengenalan Instagram Direct ini dijangka akan terus memperluaskan dan menjadikan komuniti Instagram lebih rapat dan aktif menggunakannya.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu mengemaskini aplikasi Instagram untuk iOS dan Android ke versi terkini, dan boleh mengaksesnya dengan klik pada butang ikon baru yang dipaparkan pada Home Feed.

Melaluinya, pengguna boleh menghantar gambar kepada seseorang secara peribadi, ataupun kepada Follower (sehingga 15 orang). Seperti Twitter, setiap pengguna perlulah mengikuti antara satu sama lain sebelum dapat menerima sesuatu mesej tersebut.

Bagi pengguna Instagram, anda boleh mengemaskini aplikasi Instagram untuk Android dan iOS hari ini, dan mula menggunakannya.


TIPS & ULASAN