Twitter 3.0 Untuk Mac Membawakan Sokongan Pralihat Gambar

Twitter 3.0 Untuk Mac Membawakan Sokongan Pralihat Gambar

Diterbitkan pada Dis 13, 2013 oleh .

Twitter hari ini memperkenalkan kemaskini aplikasi mereka untuk pengguna Mac OS X, dimana melalui Twitter 3.0, ia menyertakan sokongan untuk pralihat gambar – sama seperti yang diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih dan web baru-baru ini.

Twitter Mac

Melaluinya, pengguna boleh terus melihat gambar yang dikongsikan melalui Twitter, tanpa perlu membuka pautan. Namun, bagi mereka yang tidak mengemarinya, sokongan ini boleh dimatikan melalui halaman Preferences.

Selain daripada sokongan tersebut, pihak Twitter turut membawakan kemaskini dari segi antaramuka, dan menjadikan ia lebih mudah untuk digunakan.

Bagi pengguna Mac, anda boleh memuat-turun aplikasi Twitter ini secara percuma dari Mac AppStore hari ini.

Muat-Turun Twitter untuk Mac


TIPS & ULASAN