Twitter Mengubah Polisi – Pengguna Yang Disekat Masih Boleh Membaca Tweet Anda

Twitter Mengubah Polisi – Pengguna Yang Disekat Masih Boleh Membaca Tweet Anda

Diterbitkan pada Dis 13, 2013 oleh .

Kemaskini : Pihak Twitter dilihat telah mengubah polisi berkenaan kembali seperti sebelum ini, disebabkan ramai pengguna tidak mengemarinya.

Twitter MusicTwitter hari ini memperkenalkan sedikit perubahan polisi pada perkhidmatan mereka, dimana kini pengguna yang disekat oleh seseorang tidak lagi disekat sepenuhnya, tetapi lebih kepada mute.

Kini, sekiranya seseorang pengguna disekat, maka mereka hanya tidak akan dipaparkan pada senarai follower anda, selain mana pelbagai interaksi yang dilakukan kepada anda tidak akan diterima.

Namun, salah satu perkara yang membuatkan ramai tidak mengemari perubahan polisi ini adalah dimana pengguna yang disekat masih akan dapat mengikuti akaun dan kemaskini anda (sekiranya akaun anda ditetapkan sebagai “Umum”).

Sekiranya akaun Twitter anda ditetapkan sebagai “Protected”, maka dengan menyekat pengguna, ia akan membuatkan mereka unfollow serta tidak lagi menerima sebarang kemaskini daripada anda.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan perubahan polisi baru daripada Twitter ini?


TIPS & ULASAN