Google hari ini memperkenalkan sebuah halaman khas, dinamakan sebagai Google Tips, dimana melaluinya pihak Google mengumpulkan pelbagai jenis tips dalam memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka.
Ia meliputi lebih kurang 13 produk Google buat masa ini, termasuk yang popular seperti YouTube, Android, GMail, Google Maps dan lain-lain.
Setiap tips hadir dengan bantuan menyeluruh, dimana Google memaparkan apakah yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu dan masa yang diambil untuknya. Panduan penuh untuk membuatnya turut disediakan dalam bentuk grafik yang amat baik.
Bagi mereka yang aktif menggunakan perkhidmatan Google, mungkin boleh menyemak Google Tips hari ini, disamping turut memberikan idea kepada Google mengenai apakah tips baru yang perlu ditambah mereka.
- Layari : Google Tips