Cari @ Amanz

AVG sedia menawarkan perisian sekuriti dan antivirus mereka untuk para pengguna telefon pintar dan juga komputer Windows. Kini, ia dilihat mereka turut memperluaskan tawaran mereka dan memperkenalkan AVG Antivirus Free untuk Mac.

AVG AntiVirus Mac

Seperti versi Windows, untuk Mac juga ia hadir dengan beberapa sokongan popular seperti kemaskini automatik, berfungsi pada latar tanpa menganggu pengalaman penggunaan komputer, dan memudahkan imbasan sesuatu fail spesifik dilakukan melaluinya.

Mac boleh dikatakan makin popular dikalangan pengguna umum akhir-akhir ini, dan perkara ini turut membuatkan kadar malware pada Mac meningkat dari hari ke hari. Perkara ini membuatkan beberapa pengeluar dan pembangun antivirus menawarkan perisian mereka untuk pengguna Mac, termasuk kini pihak AVG.

AVG Antivirus untuk Mac ini ditawarkan secara percuma, dan menyokong OS X 10.8 (Mountain Lion) dan yang terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd