Steam OS Beta Daripada Valve Sedia Dimuat-Turun – Memfokuskan Pengguna Linux Berpengalaman

Steam OS Beta Daripada Valve Sedia Dimuat-Turun – Memfokuskan Pengguna Linux Berpengalaman

Diterbitkan pada Dis 14, 2013 oleh .

Seperti mana yang dijanjikan pihak Valve, mereka telah pun menerbitkan versi pertama SteamOS yang mana ditujukan khas untuk para pengguna Linux yang berpengalaman.

SteamOS dilihat dibangunkan berasaskan kepada Debian 7.1, dan memfokuskan kepada permainan PC pada kaca televisyen.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan pada peringkat beta lagi, dan hanya memfokuskan kepada mereka yang sedia berpengalaman dalam arena Linux.

Untuk pengguna umum, anda dinasihatkan untuk tunggu sehingga tahun hadapan, sebelum versi yang lebih mesra pengguna diperkenalkan oleh pihak Valve.

Muat-Turun SteamOS


TIPS & ULASAN