Yes Hadir Dengan Yes Connect Beta Untuk Linux

Yes Hadir Dengan Yes Connect Beta Untuk Linux

Diterbitkan pada Dis 14, 2013 oleh .

Setelah sekian lama tidak menawarkan klien khas untuk Linux, pihak Yes 4G kini dilihat telah memulakan ujian klien Yes Connect dalam bentuk beta kepada mereka yang menggunakan sistem operasi berasaskan Linux.

Bagi yang tidak mengenali Yes Connect, ia merupakan perisian yang dipasang pada komputer, sebelum dapat berhubung ke internet menggunakan modem Yes 4G.

Yes 4G Connect Linux

Sebelum ini, ia hanya sekadar ditawarkan untuk Windows dan Mac, selain mana salah seorang pembangun bebas telah memperkenalkan sokongan klien Linux dengan usaha beliau sendiri.

Kini, dengan pengenalan sokongan untuk Linux oleh pihak Yes sendiri, mungkin kita akan dapat melihat kemaskini yang lebih baik termasuk sokongan rasmi daripada pihak Yes sendiri. Mungkin dengan pengenalan ini, ia akan menjadi salah satu langkah pertama sebelum ia diperluaskan ke pelbagai jenis distro Linux.

Muat-Turun Yes Connect Beta untuk Linux


TIPS & ULASAN