Terdapat beberapa permainan untuk peranti mudah-alih yang memfokuskan kepada larian jarak paling jauh, dan salah satunya adalah Despicable Me : Minion Rush. Setelah menawarkan permainan berkenaan untuk beberapa platform, kini ia turut hadir untuk Windows 8.
Despicable Me : Minion Rush memfokuskan kepada watak minion, dan memerlukan pemain untuk mengawal ia dengan mengelak pelbagai halangan serta mengumpulkan pisang sebagai ganjaran mata.
Secara kasarnya, boleh dikatakan ia membawakan bentuk permainan yang serupa dengan versi peranti mudah-alih. Tetapi memandangkan ia memfokuskan pengguna skrin besar, maka paparan grafiknya lebih cantik dan dioptimasikan untuknya.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Despicable Me : Minion Rush ini secara percuma dari Windows Store hari ini.
- Muat-Turun Minion Rush untuk Windows 8