Twitter Menguji Fungsi “Nearby” – Memaparkan Tweet Berhampiran Mengikut Geolokasi

Twitter Menguji Fungsi “Nearby” – Memaparkan Tweet Berhampiran Mengikut Geolokasi

Diterbitkan pada Dis 15, 2013 oleh .

Twitter NearbyTwitter sejak kebelakangan ini menguji beberapa fungsi baru, dan terkini selain perubahan pada antaramuka, penyedia perkhidmatan sosial mikroblog tersebut juga turut dilihat menguji sokongan memaparkan tweet mengikut geolokasi.

Dinamakan sebagai “Nearby”, ia menyediakan sebuah halaman khas, dimana pengguna dapat melihat tweet-tweet yang dihantar daripada lokasi berdekatan dengan seseorang itu.

Namun, ia berfungsi untuk Tweet yang telah ditandakan dengan geolokasi, dan bagi pengguna yang menghantar Tweet tanpa menyertakan data lokasi bersama dengannya tidak akan memperlihatkan Tweet mereka pada halaman khas ini.

Melalui pengenalan fungsi ini, kita dapat melihat beberapa perkembangan positif dalam cara penggunaan Twitter tersebut sendiri. Salah satunya adalah dimana pengguna dapat mengetahui perkembangan semasa berdekatan dengan mereka dengan pantas.

Perkara sama juga akan membolehkan para pengiklan kecil untuk mensasarkan iklan mereka dengan lebih tepat berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah fungsi “Nearby” akan diperkenalkan kepada semua pengguna Twitter.


TIPS & ULASAN