Cari @ Amanz

Pada hari ini, boleh dikatakan terdapat pelbagai jenis aplikasi untuk memudahkan pengguna melakukan beberapa perkara. Tenaga Nasional dilihat tidak ketinggalan untuknya, dan turut menyediakan aplikasi dinamakan myTNB untuk pengguna Android dan juga iOS.

myTNB membolehkan pengguna memantau bil elektrik mereka, dan mengetahui jumlah pembayaran yang perlu dibayar.

Menggunakan aplikasi yang sama juga, ia membolehkan pengguna untuk mengetahui lokasi Pusat Khidmat Pelanggan terdekat.

myTNB

Namun, dari segi kekurangan pula adalah dimana untuk melihat bil elektrik bulanan, pengguna perlulah terlebih dahulu menghubungkan ia menggunakan nombor akaun pemilik dan memerlukan nombor kad pengenalan pemilik yang mungkin agak sukar sekiranya bukan milik anda.

Melalui penggunaan kami pada peranti Android, boleh dikatakan ia mempunyai sedikit lengah masa ketika digunakan walaupun mengakses beberapa menu, selain tidak dioptimasikan untuk penggunaan Android (seperti butang “Back” peranti tidak boleh digunakan dan hanya boleh digunakan melalui butang pada aplikasi).

Bagi mereka yang ingin mencubanya dan memudahkan anda mengetahui bil elektrik semasa, mungkin boleh memuat-turun aplikasi myTNB secara percuma untuk Android dan iOS hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd