Ford Memperlihatkan Prototaip Kereta Yang Dipandu Automatik Mereka

Ford Memperlihatkan Prototaip Kereta Yang Dipandu Automatik Mereka

Diterbitkan pada Dis 16, 2013 oleh .

Pada tahun ini, beberapa pengeluar kereta telah memperlihatkan kereta yang dipandu automatik mereka, dan kini pihak Ford Motor tidak ingin ketinggalan dan turut sama telah memperlihatkan prototaip awal untuknya.

Ford Automatik

Ia dikenali sebagai Automated Fusion Hybrid Vehicle, dimana ia membawakan sokongan pemanduan automatik, termasuk sokongan meletakkan kenderaan dengan bantuan pelbagai jenis sensor pada kenderaan tersebut.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Ford, kenderaan prototaip ini dilengkapi dengan empat sensor pengimbas yang dinamakan LiDAR (Light Detection and Ranging), yang mana mengimbas jalan raya sebanyak lebih kurang 2.5 juta kali setiap saat.

Ia juga dilengkapi dengan sistem untuk memantulkan kembali cahaya infrared dalam jarak sehingga 200 kaki untuk mengetahui keadaan sekelilingnya – lebih kurang seperti kelawar menggunakan gelombang bunyi.

Projek ini dilihat sedang dibangunkan dengan kerjasama pihak University of Michigan (untuk teknologi imbasan) dan juga State Farm.

Dengan perkembangan menarik ini, mungkin kita akan turut melihat persaingan sihat dalam industri kereta yang dipandu automatik dalam masa beberapa tahun lagi.


TIPS & ULASAN