Cari @ Amanz

LG mempunyai beberapa telefon pintar sedia ada yang masih belum dilancarkan di pasaran Malaysia, seperti LG G2, LG G Flex dan juga Nexus 5. Namun, ia tidak menghentikan mereka daripada memperkenalkan peranti baru, dinamakan sebagai LG GX.

LG GX

LG GX membawakan cip pemprosesan Snapdragon 600, skrin bersaiz 5.5-inci IPS, kamera belakang 13-megapixel dan juga bateri berkapasiti 3140 mAh.

LG GX membawakan antaramuka yang dikemaskini daripada LG, selain mana mengekalkan beberapa sokongan daripada G2, dimana salah satunya adalah “Knock On” yang membolehkan pengguna mengaktifkan peranti dengan double-tap pada skrin. Peranti ini juga dikatakan boleh diintegrasikan ke LG Smart TV, dan melihat pelbagai kemaskini termasuk informasi berkaitan panggilan dan SMS pada televisyen ketika anda sedang menonton rancangan kegemaran anda.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran luar Korea Selatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd