Google Open Gallery – Pameran Maya Untuk Muzium, Galeri Seni Dan Sebagainya

Google Open Gallery – Pameran Maya Untuk Muzium, Galeri Seni Dan Sebagainya

Diterbitkan pada Dis 16, 2013 oleh .

Google baru-baru ini telah menambah sebuah tawaran perkhidmatan baru, dinamakan sebagai Google Open Gallery. Melaluinya, ia menyediakan platform pameran maya untuk memperlihatkan pelbagai hasil seni kepada orang ramai.

Perkhidmatan berasaskan web ini membolehkan galeri, muzium dan sebagainya untuk membuat pameran maya mereka, dimana membolehkan mereka memuat-naik karya dan menyediakan lawatan maya untuk pengunjung.

Google Open Gallery

Selain muzium dan juga galeri, pihak Google juga turut sama menyediakan kemudahan kepada pengguna individu menggunakan platform tersebut, tetapi perlu meminta jemputan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Buat masa ini, Google Open Gallery mempunyai lebih daripada 45 pameran daripada pelbagai institusi di seluruh dunia.

Bagi anda yang meminati karya seni, mungkin boleh melawat Google Open Gallery hari ini dan melihat hasil karya dari seluruh dunia terus melalui skrin monitor anda.

Layari : Google Open Gallery


TIPS & ULASAN