Carian
Syarikat Telekomunikasi Mungkin Menggunakan Spektrum 700MHz Menjelang 2018
December 16, 2013 Aman

SKMMPada bulan Jun yang lepas, Malaysia telah menyatakan sokongan untuk penggunaan spektrum frekuensi 700MHz untuk tujuan telekomunikasi. Kini, ia dilihat melangkah setapak kehadapan apabila pihak SKMM mensasarkan tahun 2018 untuk membolehkan penggunaan spektrum 700MHz oleh syarikat telekomunikasi.

Buat masa ini, spektrum berkenaan digunakan untuk tujuan penyiaran, dan beberapa langkah dijangka akan diambil tidak lama lagi sebelum ia diberikan untuk perkhidmatan telekomunikasi.

Penggunaan spektrum 700MHz ini dikatakan akan meningkatkan kadar pemindahan data mudah-alih, disamping pada masa yang sama menyediakan liputan yang lebih meluas, termasuk sokongan lebih baik didalam bangunan.

Sebelum ini, ketika mengumumkan persetujuan dengan beberapa negara jiran, Malaysia mensasarkan tawaran 700MHz untuk syarikat telekomunikasi menjelang tahun 2020.

Mungkin dengan perkembangan teknologi pesat, kita akan dapat melihat ia diimplementasikan lebih awal, sekaligus menguntungkan pengguna seluruh dunia.

Komen