Maxis Bakal Mengadakan Sesi Sembang Bersama CEO Melalui Twitter Pada Jumaat Ini

Maxis Bakal Mengadakan Sesi Sembang Bersama CEO Melalui Twitter Pada Jumaat Ini

Diterbitkan pada Dis 16, 2013 oleh .

Morten LundalMaxis baru-baru ini telah menerima CEO baru, iaitu Morten Lundal. Dengan perubahan tampuk baru, semestinya ramai pengguna yang ingin mengetahui apakah perancangan beliau dan sebagainya.

Untuk membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara kepada beliau, pihak Maxis menyediakan sebuah sesi khas, iaitu sesi sembang melalui Twitter yang dijadualkan pada hari Jumaat ini.

Melaluinya, pengguna Twitter boleh mengajukan soalan terus kepada @MaxisComms dengan menggunakan hashtag #MortenMaxis.

Ia bakal diadakan selama sejam, iaitu bermula 11 pagi sehingga 12 tengah hari – 20 Disember 2013 ini.

Bagi mereka yang ingin mengetahui beberapa perancangan pihak Maxis untuk tahun 2014, ataupun mempunyai sebarang maklumbalas, mungkin boleh menyertai sesi tersebut pada hari Jumaat ini.


TIPS & ULASAN