Twitter Dilaporkan Ingin Memperkenalkan Sokongan Menyunting Tweet

Twitter Dilaporkan Ingin Memperkenalkan Sokongan Menyunting Tweet

Diterbitkan pada Dis 17, 2013 oleh .

Twitter MusicTwitter pada hari ini telah menjadi salah satu sumber untuk pelbagai info dan berita dikongsikan melaluinya. Untuk mengurangkan berita-berita yang kurang tepat dikongsikan melaluinya, kini Twitter dikatakan ingin memperkenalkan sokongan menyunting Tweet pada perkhidmatan mereka.

Melalui fungsi baru ini kelak, ia dikatakan Twitter akan membolehkan pengguna untuk membuat suntingan pada Tweet mereka untuk suatu tempoh masa yang ditetapkan.

Setiap Tweet dikatakan hanya akan dibolehkan untuk disunting sekali sahaja, sekaligus mengelakkan sebarang kesilapan untuk dibetulkan dengan pantas pada perkhidmatan tersebut.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Twitter akan memperkenalkan sokongan ini pada laman mereka.


TIPS & ULASAN