Carian
Facebook Memperkenalkan Butang Derma Untuk Badan Kebajikan
December 17, 2013 Aman

Facebook hari ini mengumumkan salah satu fungsi baru pada laman sosial mereka, iaitu sebuah butang derma khas yang membolehkan pengguna laman sosial berkenaan untuk menderma terus ke beberapa badan bukan berasaskan keuntungan.

Facebook Donate

Buat masa ini, sebanyak 18 badan kebajikan dan bukan berasaskan untung disenaraikan, dan sebuah butang derma khas akan diperlihatkan bersebelahan dengan perkongsian mereka di News Feed.

Sebaik sahaja klik pada butang derma tersebut, pengguna akan diberikan pilihan untuk memilih amaun yang ingin di derma, dan seterusnya memasukkan maklumat kad kredit pengguna. Kesemua amaun yang diderma akan terus ke badan tersebut, dan Facebook tidak akan mengambil sebarang potongan melaluinya.

Sebelum ini, pihak Facebook pernah menguji sokongan sama ketika taufan Haiyan tempoh hari.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan taufan Haiyan tempoh hari, sokongan butang derma ini masih terhad kepada pengguna Amerika Syarikat buat masa ini dan mungkin akan diperluaskan tidak lama lagi.

Komen