Samsung Gamepad Diumumkan – Alat Kawalan Permainan Untuk Telefon Pintar Anda

Samsung Gamepad Diumumkan – Alat Kawalan Permainan Untuk Telefon Pintar Anda

Diterbitkan pada Dis 17, 2013 oleh .

Mungkin ramai yang masih mengingati sebuah alat kawalan permainan yang pernah diperlihatkan Samsung ketika pelancaran Galaxy S4 tempoh hari. Kini, alat kawalan permainan tersebut diberikan sedikit kemaskini dan diberikan nama Samsung Gamepad.

Samsung Gamepad

Samsung Gamepad hadir dalam warna hitam, dan menyertakan sokongan 2 kawalan analog, 4 butang kawalan, butang Select dan Start, serta sebuah butang yang didedikasikan untuk peranti Samsung, iaitu butang PLAY.

Samsung Gamepad ini dihubungkan melalui Bluetooth, dan menyertakan sebuah bahagian penyambung khas untuk memegang peranti sehingga bersaiz 6.3-inci.

Samsung Gamepad dikatakan akan menyokong semua peranti Android yang menjalankan Android 4.3 dan terkini. Namun beberapa fungsi khas dikhususkan untuk peranti Galaxy, dimana salah satunya adalah butang PLAY.

Buat masa ini, sebanyak 35 permainan dikatakan dioptimasikan untuk Samsung Gamepad ini.

Tiada tarikh rasmi berkenaan pelancaran di Malaysia yang diketahui buat masa ini.

Samsung Gamepad


TIPS & ULASAN