Windows Phone 8.1 Akan Menyertakan Notification Center Dan Cortana?

Windows Phone 8.1 Akan Menyertakan Notification Center Dan Cortana?

Diterbitkan pada Dis 17, 2013 oleh .

Microsoft boleh dikatakan menyertakan satu demi satu fungsi yang diminati pengguna pada platform Windows Phone mereka. Kini, melalui sebuah laporan baru, beberapa fungsi baru Windows Phone 8.1 dikongsikan – yang mungkin diperkenalkan pada April kelak.

Daripada apa yang dilaporkan, Windows Phone 8.1 kelak dijangka akan menyertakan fungsi Notification Center yang dinantikan ramai. Ia dikatakan pengguna boleh swipe dari atas ke bawah dan melihat senarai notifikasi baru dengan mudah.

ClippySelain daripada pusat sehenti untuk notifikasi, pihak Microsoft juga dijangka akan menyertakan sokongan bantuan peribadi melalui Cortana. Ia kelak akan memudahkan pengguna dalam membuat carian serta memperlihatkan data-data yang diperlukan mengikut masa dan lokasi yang sesuai. Secara kasarnya, Cortana kelak dijangka akan menawarkan fungsi seumpama Google Now (pada Android) dan juga Siri (pada iOS).

Beberapa fungsi lain yang dijangka akan disertakan adalah termasuk kebolehan mengawal volume yang berbeza untuk nada dering dan juga media, sokongan VPN untuk pengguna perusahaan, integrasi Twitter dan Facebook yang lebih menyeluruh pada People Hub, aplikasi Xbox Music dan Video yang berbeza serta beberapa fungsi baru yang lain.

Microsoft juga dijangka akan memperkenalkan kemaskini pada aplikasi kamera, dan sokongan memasang aplikasi pada mikro-SD.

Windows Phone 8.1 ini mungkin akan diperlihatkan seawal April kelak pada acara BUILD 2014 yang akan diadakan oleh Microsoft.


TIPS & ULASAN