UMobile Memperkenalkan Perkhidmatan 4G LTE Untuk Pengguna Prabayar Dan Pascabayar

UMobile Memperkenalkan Perkhidmatan 4G LTE Untuk Pengguna Prabayar Dan Pascabayar

Diterbitkan pada Dis 17, 2013 oleh .

UMobile 4GHari ini, pihak UMobile secara rasminya telah memperkenalkan sokongan rangkaian 4G LTE, sekaligus membawakan kelajuan internet sehingga 75 Mbps untuk pengguna prabayar, pascabayar dan juga pengguna jalur-lebar mudah-alih.

Walaubagaimanapun, pengenalan rangkaian 4G LTE daripada UMobile masih terhad kepada beberapa kawasan utama sahaja buat masa ini. Antara lokasi yang disokong dengan LTE daripada UMobile adalah termasuk Bandar Sunway, Subang Jaya, Puchong, Berjaya Times Square, dan juga Taman Molek di Johor Bahru.

Bagi menggunakan perkhidmatan 4G LTE ini, UMobile hanya menyokong untuk pelanggan beberapa pakej sahaja, iaitu UMI 38 dan UMI 48 (untuk prabayar), U58, U88, E58, E88, UD68, UD98, UD158, U Premium, U Platinum dan juga Internet Share Plan 68 (untuk pascabayar).

Pengguna Broadband yang tertakluk pula adalah dan juga MB40, MB68, MB128. Pengguna prabayar yang melanggan Booster 1GB juga turut dapat menikmati sokongan rangkaian LTE ini.

Pengguna UMobile yang ingin mengaktifkan perkhidmatan LTE ini boleh melakukannya dengan menghantar SMS “LTE ON” ke 28118.


TIPS & ULASAN