Facebook Mengesahkan Untuk Mula Memainkan Video Iklan Secara Automatik Minggu Ini

Facebook Mengesahkan Untuk Mula Memainkan Video Iklan Secara Automatik Minggu Ini

Diterbitkan pada Dis 17, 2013 oleh .

Facebook sedia menguji fungsi untuk memainkan video secara automatik di NewsFeed. Hari ini, mereka turut mengumumkan yang mana bermula minggu ini mereka akan mula menguji video iklan yang dimainkan secara automatik di NewsFeed.

Buat masa ini, hanya segelintir kecil pengguna sahaja akan terlibat. Melalui fungsi baru ini, pengguna akan diperlihatkan dengan video yang dimainkan secara automatik ketika mereka mengakses News Feed.

Sekiranya pengguna berminat dengan iklan video yang dipaparkan, mereka boleh tap pada video tersebut, dan ia akan memainkan bunyi untuk video berkenaan. Facebook mengatakan sokongan video iklan baru ini akan diuji pada desktop dan juga aplikasi mudah-alih.

Semestinya pihak Facebook akan mengawal berapa kalikah sesuatu iklan video dipaparkan untuk seseorang pengguna untuk mengelakkan mereka rasa terganggu dan meninggalkan perkhidmatan mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah maklumbalas awal daripada pengguna mengenai bentuk pengiklanan baru daripada Facebook ini.


TIPS & ULASAN