Cari @ Amanz

Subway SurferSubway Surfer merupakan salah satu permainan menarik pada peranti mudah-alih, dan kini ia turut diperkenalkan untuk platform Windows Phone 8, hasil kerjasama pihak Kiloo Games dan juga Sybo Games.

Bagi yang tidak pernah memainkan Subway Surfer, ia memerlukan pemain untuk mengawal seorang watak dalam melarikan diri dari Inspektor di landasan kereta-api, dan mencatatkan jarak yang paling jauh.

Permainan Subway Surfer di Windows Phone ini menyokong peranti dengan memori sebanyak 1GB dan ke atas. Pihak Microsoft mengatakan sokongan untuk peranti 512MB akan hadir tidak lama lagi.

Subway Surfer

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd