Twitter Untuk BlackBerry 10 Kini Hadir Dengan Integrasi BBM

Twitter Untuk BlackBerry 10 Kini Hadir Dengan Integrasi BBM

Diterbitkan pada Dis 18, 2013 oleh .

Twitter hari ini memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi BlackBerry 10 mereka, dimana bersama-sama dengannya Twitter menyertakan beberapa fungsi baru untuk pengguna BlackBerry 10.

Dengan adanya integrasi BBM, kini pengguna boleh mengemaskini status BBM mereka secara automatik setiap kali mereka berkongsi perkara baru di Twitter.

Twitter BlackBerry 10

Selain itu, pengguna BlackBerry 10 juga boleh melihat gambar Twitter Photos yang dikongsikan terus pada timeline tanpa perlu membuka pautan.

Sokongan membalas Tweet juga kini hadir dalam bentuk in-line berbeza dengan sebelumnya.

Bagi pengguna BlackBerry 10, anda boleh mengemaskini aplikasi Twitter hari ini dengan memuat-turunnya terus dari BlackBerry World.

Muat-Turun Twitter untuk BlackBerry 10


TIPS & ULASAN