Duolingo Menjadi Aplikasi Pilihan iPhone Untuk Tahun 2013

Duolingo Menjadi Aplikasi Pilihan iPhone Untuk Tahun 2013

Diterbitkan pada Dis 18, 2013 oleh .

Setiap tahun, Apple mengeluarkan carta mereka tersendiri menyenaraikan beberapa aplikasi popular sepanjang tahun. Untuk tahun ini, beberapa aplikasi disenaraikan, termasuk Duolingo yang terpilih sebagai aplikasi terbaik untuk iPhone.

DuoLingo

Duolingo menawarkan sokongan pembelajaran bahasa baru secara interaktif melalui aplikasi dan juga web. Ia juga turut sama ditawarkan untuk platform Android.

Muat-Turun Duolingo untuk iOS

Selain Duolingo, pihak Apple turut menyenaraikan Candy Crush dan juga Minecraft – Pocket Edition sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat-turun di iOS AppStore.

Ridiculous Fishing pula disenaraikan sebagai aplikasi iPhone berbentuk permainan terbaik untuk tahun 2013 ini.

Untuk iPad pula, permainan Disney Animated disenaraikan sebagai aplikasi terbaik tahunan, dan BADLAND hadir untuk kategori permainan.


TIPS & ULASAN