LG Memperkenalkan Chromebase – Komputer AIO Berasaskan Chrome OS

LG Memperkenalkan Chromebase – Komputer AIO Berasaskan Chrome OS

Diterbitkan pada Dis 18, 2013 oleh .

Chrome OS sedia digunakan pada komputer riba dengan meluas, dan kini nampaknya ia juga mula memasuki arena komputer desktop. Hari ini, pihak LG mengumumkan Chromebase, salah satu komputer AIO berasaskan Chrome OS.

LG Chromebase

Chromebase menyertakan skrin bersaiz 21.5-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan Intel Celeron dan juga memori 2GB RAM. Ia juga turut dilengkapi dengan ruangan storan berasaskan SSD sebesar 16GB.

Menariknya mengenai Chromebase adalah dimana pengguna turut boleh menggunakan skrinnya sebagai monitor kedua kepada komputer mereka. Sebuah port penyambung HDMI disertakan pada bahagian Chromebase untuk tujuan tersebut, termasuk kamera hadapan untuk panggilan video melalui Hangout.

Sokongan lain seperti port USB untuk menghubungkan papan kekunci dan tetikus turut disertakan pada Chromebase ini.

LG dilihat mengatakan mereka mensasarkan Chromebase ini untuk penggunaan di hotel, terminal dan juga sekolah, memandangkan ChromeOS lebih kepada pelayaran web dan penggunaan aplikasi web.

Harga dan bilakah ia akan ditawarkan masih belum diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN