Apple Meminta Pembangun Mengoptimasikan Aplikasi Untuk iOS7 Sebelum 1 Februari

Apple Meminta Pembangun Mengoptimasikan Aplikasi Untuk iOS7 Sebelum 1 Februari

Diterbitkan pada Dis 18, 2013 oleh .

Apple hari ini dilihat meminta semua pembangun yang menerbitkan aplikasi di AppStore untuk mengoptimasikan aplikasi mereka untuk iOS 7. Selepas tarikh 1 Februari, hanya aplikasi yang dioptimasikan untuk iOS7 sahaja akan diterbitkan di AppStore.

iOS 7 merupakan rekabentuk baru untuk sistem operasi iOS, yang mana membawakan beberapa perubahan elemen antaramuka untuk pengguna.

Langkah Apple ini mungkin untuk membolehkan pengguna peranti iOS mereka mendapat pengalaman penggunaan yang baik dan selari pada pelbagai jenis aplikasi.

Selain antaramuka, Apple juga meminta pembangun menggunakan Xcode 5 yang mana turut membawakan sokongan 64-bit bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN