IEC Menerbitkan Piawaian Untuk Pengecas Universal Laptop

IEC Menerbitkan Piawaian Untuk Pengecas Universal Laptop

Diterbitkan pada Dis 18, 2013 oleh .

Pengecas komputer riba pada hari ini boleh dikatakan agak menyukarkan, apatah lagi dengan pelbagai jenama berbeza yang menggunakan bentuk penyambung yang berbeza. Namun, ia dijangka akan berubah tidak lama lagi.

IEC (International Electrotechnincal Commission) pada minggu ini telah menerbitkan sebuah piawaian baru untuk membolehkan penggunaan pengecas universal untuk komputer riba.

Salah satu sebab utama pengenalan piawaian untuk menyelarikan penyambung komputer riba ini adalah untuk mengurangkan buangan elektronik yang dihasilkan pengguna.

Pada hari ini, piawaian pengecas untuk telefon mudah-alih sedia digunakan dengan meluas yang sekaligus telah mengurangkan bahan buangan, kerana pengecas tersebut masih boleh digunakan walaupun telefon mudah-alih menghadapi masalah dan sebagainya.

IEC menyasarkan komputer riba dengan pengecas universal ini mungkin akan hadir seawal 2014 ini. Walaubagaimanapun, untuk makluman, ia hanya sekadar piawaian sahaja, dan tidak semestinya semua pengeluar akan mengikut piawaian yang ditetapkan ini.


TIPS & ULASAN