Cari @ Amanz

Windows Phone 8.1Lanjutan daripada desas-desus mengatakan Windows Phone 8.1 akan menyertakan sokongan halaman notifikasi, kini sebuah gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan sebuah halaman tetapan untuknya.

Melalui gambar yang tertiris, ia menunjukkan akses pantas ke empat fungsi utama (seperti WiFi, kecerahan skrin dan sebagaianya), dan memperlihatkan sokongan untuk mengaktifkan ataupun mematikan notifikasi untuk beberapa aplikasi.

Sekiranya gambar ini adalah gambar sebenar, maka boleh dikatakan ia masih lagi pada peringkat pembangunan dan mungkin versi akhirnya sedikit berbeza dengan apa yang ditunjukkan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman berkenaan dengan Windows Phone 8.1 yang dijangka mungkin hadir sekitar April 2014 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd