Lanjutan daripada pengumuman Google Zeitgeist semalam, hari ini pihak Google dilihat telah mengaktifkan sokongan Google Trends Hot Searches untuk pasaran tempatan.
Melalui sokongan ini, pengguna boleh mengetahui apakah carian panas dan hangat yang dilakukan pada sesuatu hari. Dibawah setiap kata kunci, Google juga turut membuat pautan pantas ke berita berkenaan dengannya, sekaligus membolehkan pengguna mengetahui mengapakah sesuatu kata kunci itu hangat dicari ramai.
Bagi pengguna tempatan yang berminat, anda boleh ke halaman Google Trends hari ini dan melihat apakah carian panas yang dilakukan di Malaysia dan juga seluruh dunia.
- Layari : Google Trends
- Layari : Google Trends HotTrends