Viber Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Untuk Pengguna Windows 8

Viber Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Untuk Pengguna Windows 8

Diterbitkan pada Dis 18, 2013 oleh .

Viber sedia menawarkan perisian mereka untuk pengguna Windows. Kini, dengan penggunaan Windows 8 dan juga tablet Windows RT yang meningkat dari hari ke hari, pihak Viber turut melancarkan aplikasi mereka di Windows Store.

Viber Windows 8

Seperti kebanyakkan aplikasi Windows lain, ia juga menekankan rekabentuk mesra ModernUI. Pengguna seperti biasa boleh membuat panggilan menggunakannya, termasuk menghantar dan menerima mesej, termasuk berkongsi kandungan dan juga menghantar sticker.

Sokongan berjalan di latar juga turut hadir, membolehkan pengguna melihat notifikasi apabila mereka menerima sesuatu mesej ataupun panggilan.

Bagi pengguna Windows 8 atau Windows RT yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Windows Store hari ini.

Muat-Turun Viber untuk Windows 8


TIPS & ULASAN