BBM Akan Disertakan Pada Peranti Android Baru Daripada LG

BBM Akan Disertakan Pada Peranti Android Baru Daripada LG

Diterbitkan pada Dis 19, 2013 oleh .

Pihak BlackBerry sebelum ini sedia memperkenalkan aplikasi BlackBerry untuk Android dan iOS. Mereka juga turut sama telah mengumumkan kerjasama dengan Samsung untuk peranti yang dikeluarkan di Afrika Selatan, dimana aplikasi BlackBerry didatangkan terbina padanya.

Hari ini, pihak BlackBerry turut mengumumkan kerjasama dengan pihak LG, dimana semua peranti Android LG akan didatangkan bersama-sama aplikasi BlackBerry.

Perkara ini akan diperkenalkan pada peranti baru mereka, bermula daripada LG G Pro Lite.

BBM untuk Android menawarkan sokongan permesejan antara pengguna BlackBerry Messenger, dimana turut hadir dengan fungsi yang diminati ramai – mesej ditandakan dengan “Delivered” dan “Read”.

Bagi pengguna yang berminat, anda masih boleh memuat-turun apliksi BBM untuk Android secara percuma dari Google Play Store.


TIPS & ULASAN