Carian
Flickr Mengemaskini Sokongan Untuk Embed Gambar Pada Web
December 19, 2013 Aman

Flickr sedia digunakan ramai dalam berkongsi gambar-gambar menarik yang dirakamkan. Dalam usaha untuk membolehkan setiap rakaman dikongsikan dengan menyeluruh di web, hari ini pihak Flickr turut memperkenalkan kemaskini untuk fungsi “Web Embed”.

Menggunakannya, pengguna boleh menggunakan kod yang disediakan pihak Flickr dalam berkongsi gambar di Flickr di sesuatu web. Ia berfungsi lebih kurang seperti YouTube, dimana pengguna hanya perlu menyalin sebuah kod ringkas dan menyertakannya pada perkongsian atau artikel mereka di web.

Menariknya, dengan penggunaan kod ini, ia turut memaparkan beberapa info berkenaan gambar berkenaan, termasuk tajuk rakaman, dan siapakah hak milik gambar berkenaan. Pengguna juga turut boleh terus melihat gambar-gambar seterusnya daripada pemilik tersebut dengan hanya klik ke kiri dan ke kanan pada sesuatu gambar berkenaan.

Komen