Cari @ Amanz

Nokia Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan peranti Windows Phone 8 mampu milik mereka, Nokia Lumia 525 untuk pasaran tempatan bermula esok.

Nokia Lumia 525

Nokia Lumia 525 boleh dikatakan sebagai kemaskini untuk keluarga Lumia 520 sedia ada, dan hadir dengan memori sebanyak 1GB RAM – membolehkan lebih aplikasi dijalankan tanpa masalah.

Lumia 525 menyertakan skrin bersaiz 4-inci IPS LCD WVGA, cip pemprosesan 1GHz dwi-teras, kamera belakang 5-megapixel, memori sebanyak 1GB RAM, dan sokongan mikro-SD. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1430mAh.

Di Malaysia, Nokia Lumia 525 akan dijual pada harga RM499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd