Cari @ Amanz

Vine yang dimiliki Twitter, hari ini mengumumkan kemaskini untuk aplikasi Android mereka, dimana bersama-sama dengannya ia membawakan sokongan untuk peranti yang menjalankan Android 2.3 Gingerbread.

Vine Android

Bagi yang tidak mengenali aplikasi Vine, ia merupakan salah satu aplikasi perkongsian video, membolehkan pengguna merakamkan video sehingga 6 saat sebelum berkongsi dengan rakan-rakan lain.

Video juga dikategorikan untuk beberapa saluran, membolehkan pengguna untuk mengikuti pelbagai kandungan video yang dikongsikan pengguna lain terus melalui aplikasi berkenaan.

Bagi pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turun Vine di Google Play Store hari ini secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd