Cari @ Amanz

Jabatan Imigresen dijangka akan memperkenalkan kembali sokongan untuk memperbaharui pasport secara dalam-talian, sekaligus memudahkan proses pembaharuan dan mengurangkan kesesakkan di Jabatan Imigresen seluruh negara.

Melalui apa yang dikongsikan, kelak pengguna boleh memperbaharui dokumen mereka terus melalui internet, dan kemudiannya melakukan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit.

Pengguna seterusnya boleh mengambil dokumen perjalanan mereka tersebut di cawangan Jabatan Imigresen ataupun di KLIA sendiri sebelum berlepas.

Pengenalan sistem ini hanya akan menyokong pembaharuan sahaja, dan bukannya untuk pendaftaran baru. Perkara ini adalah kerana untuk tujuan pendaftaran, beberapa perkara perlu dilakukan termasuk imbasan biometrik.

Tiada sebarang tarikh diberikan. Tetapi pihak Jabatan Imigresen menyasarkan untuk memperkenalkannya pada tahun hadapan – 2014.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd